BiGS 2025“Best Practices” ataupun Amalan Baik merujuk kepada pelbagai aktiviti, dasar, dan pendekatan programatik yang dijalankan oleh pendidik atau pensyarah untuk mencapai perubahan positif dalam sikap pelajar atau tingkah laku akademik. Perubahan positif yang dicapai melalui bukti dan eviden daripada pelajar dan institusi wajar dan patut disebarluas, dikongsi dan dicontohi oleh warga pendidik yang lain. Amalan baik yang dicontohi dan diamalkan ini dilihat mampu merealisasikan hasrat pengenalan Mata Pelajaran Umum (MPU) dalam melahirkan graduan yang holistik, menghayati nilai-nilai patriotisme dan jati diri beracuan Malaysia serta menguasai kemahiran insaniah ke arah memenuhi kebolehpasaran kerja. Ia juga bakal memberi impak positif kepada politeknik dan kolej komuniti dalam proses menjadi institusi TVET terulung di Malaysia. Justeru itu, Unit Pengajian Umum, Matematik, Sains dan Komputer (UPU) Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti menyahut cabaran dan seruan ini dalam membantu menyebarluaskan dan menyuburkan perkongsian amalan baik bidang pendidikan di Malaysia. i. Penghantaran Ringkasan Eksekutif: 1 hingga 31 Julai 2025 ii. Makluman 18 Penyertaan Terbaik: 13 September 2025 iii. Pembentangan: 8 Oktober 2024
|